Tuesday, October 12, 2010

Work Of H E A V E N




One moment lost and passing me by..
Fledgling me from my own destiny
Taking away my pride cracking me into pieces 
Making me like a fool

So now I stand here with this conviction
Reaching our for perfection
I put my life at stake 
For any reason
Its time for turning back

Even getting my soul
Even getting myself
Stranded in this so lonely world

Although I've been hurt and things have fallen shattering before eyes
I know I have something inside and that's what make me strong

From this moment on I'll live
From this moment on I'll stand
From this moment on I'll be the best I can be

H I L A N G

"Bila masanya kau akan RASA kau betul-betul keHILANGAN orang yang kau sayang?"

Soalan yang ditanya...jawablah dalam hati masing-masing........


Thursday, October 7, 2010

I'm In So D E E P



"I'm sure I'm not being RUDE..but it just your ATTITUDE.."







P/S: Huhu saje je post video ni..takde kene mengene pon lagu ni dengan alam perchentaan aku skang..sume nye OK! :)
tp sebab..lagu ni je la yang aku pandai main gune guitar..! hahahahaha!!! dan merujuk gambar di atas..tenyatalah aku tengah main lagu linger ni sbb dah takde lagu lain yang aku berjaya main selain lagu linger! lalalala~

puS A K A

Pnah dengar perkataan Pusaka atau Saka tak?
alah skang dalam TV pon banyak reveal pasal benda-benda mcm ni..
tapi semuanya mempunyai idea perspeksi yang tersendiri tentang benda alah nie..
so skang aku nak reveal pasal puSAKA dari kaca pandangan mata, pengalaman dan pengetahuan aku sendiri.
ada sesapa nak bantah?? atau menyatakan statement aku salah?
awal-awal lagi aku akan cakap 
"benda ni subjective ok! i need no objection! thanks!"

kalau sebut pasal saka org-org melayu mesti la terus cakap dia mcm sejenis hantu jembalang koreng
tapi bagi aku..Saka tu wujud dari perkataan 'Pusaka'
iaitu peninggalan dari yang terdahulu.

benda ni ada bekaitan dengan post aku sebelum ni..
Seperti di post sebelum, diketahui bahawa aku berketurunan bugis dari Riau iaitu keturunan Daeng Chelak
(oh tapi kami bukan lanun..kami warrior berketurunan diraja)

Memang aku selalu mendengar cerita tentang hal-hal mcm ni dari keluarga sebelah ibuku..
cerita pasal makcik-makcik ku menurun dulu, cerita pasal arwah moyang penah buang ancak kat sungai sebab kononnya nak bagi makan kt benda jagaan ni dan macam-macam lagi..

Tapi zaman sekarang, kita dah tau..Alhamdulillah kita tidak berada di tampuk yang lama di mana pengetahuan agama masih cetek..Jahiliah..
kita dah tau benda-benda mcm tu terang dan jelas...syirik bin khurafat. buat apa minta pertolongan dari yang lain sedangan Allah adalah segala-galanya dan Maha Pemurah??
tapi aku tidak nafikan kewujudannya walaupon zaman semakin moden.
memang termasuk dalam rukun iman ape.."percaya kepada benda ghaib?"
kenapa tidak percaya pula kepada kewujudan jin dan syaitan? sedang dlm al Quran juga banyak tertera cerita tentang mereka..

Walaubagaimanapun ritual-ritual seperti pemberian makan(buang ancak) kepada belaan makhluk ghaib ni sudah tidak diteruskan lagi sekarang kerana sudah mengetahui benda seperti itu salah dari segi agama.
Walaubagaimana pun kewujudan makhluk ini masih ada di sekeliling kita tanpa disedari
Mereka tidak pernah hilang ditelan arus kemodenan sehingga hari kiamat...

Oleh kerana keluargaku selalu diganggu makhluk-makhluk yang memang mempunyai misi tercatat untuk memporak perandakan kaum Adam, kami banyak menerima dugaan yang berat. Kadang kala tak terdaya nak melawannya sendiri,jadi terpaksalah mencari inisiatif lain untuk meminta pertolongan dari orang yang lebih arif tentang ilmu agama Islam..

Hasil dari rujukkan daripada mereka yang pakar..mereka menyatakan bahawa Pusaka ini akan sentiasa mengganggu keluarga aku sehinggalah tamat generasi ke tujuh (iaitu generasi aku lah yang terakhir)
Mereka masih boleh menembusi kawalan minda dan tubuh kami..jika kami LALAI dengan tanggungjawab sebagai Hamba Allah. Jadi jalan yang terbaik untuk menamatkan segala macam keanehkan dan keangkeran yang melanda keluarga ini, kami digalakkan  berkahwin untuk mewujudkan generasi atau keturunan yang baru...

Bila aku kaji balik sejarah keluarga sendiri, baru aku sedar bahawa memang ramai pun ahli keluarga yang tidak menamatkan zaman bujangnya hingga ke hari tua..berat jodoh,jodoh tak panjang..hmm mungkin itu secara kebetullan..tapi mungkin juga itulah halangan yang diterima akibat generasi terdahulu ada menyimpan pusaka yang tidak-tidak.

korang suka tak tengok cerita hantu? ok paling glemer series Supernatural la.
klo korang tanya aku.. YES YES YES! aku memang suka all shorts of supernatural n horror film sejak azali..
kalo korang pengikut cerita Supernatural yang setia..mesti korang tau part keluarga Winchester ada membuat perjanjian (deal) dengan syaitan untuk ditradekan dengan nyawa..dan banyak lagi deal-deal sampingan yang dilakukan untuk meraih sesuatu seperti pangkat,kecantikkan, kekayaan dan menjadi terkenal.

Dibekalkan pengetahuan dari tontonan filem-filem seperti ini dan source-source berkaitan perjanjian dengan syaitan..dan tak lupe juga rockstar-rockstar pujaan hatiku yang kebanyakkannya satanist dan menjadi legend bila dah tiada..hasil dari perjanjian mereka dengan syaitan..maka aku pun merumuskan hal ini dengan kes keluarga aku ni....

Mungkin satu ketika dahulu, datuk nenek moyang aku ada yang telah membuat perjanjian dengan jin/syaitan..mungkin untuk meminta bantuan menjaga tanah jajahan atau tampuk pemerintahan kerajaan Riau atau untuk meraih kekuatan super power sebagai seorang pahlawan..
Tapi biasaklah kan kaum-kaum syaitan ni mana boleh mintak tolong free-free aje..mesti ada mintak treat lain dari manusia..(alang member-member gua mintak tolong skit pon mintak payung makan lagikan syaitan..! haha)
kalau dalam filem biase syaitan mintak korban nyawa..tapi untuk kes pusaka keluarga aku ni.. 
aku rasa mereka deal untuk berTuan dan diberi makan yang cukup sehingga keturunan ke tujuh.
Tapi kesenangannya dah dirasai lah oleh keturunan keluargaku awal2 dulu..memang Riau merupakan kepulauan yang kaya apa satu ketika dulu??siap kerajaan Johor minta bantuan lagi dengan Riau.

Walaubagaimanapun tiba pada zaman ibuku, mereka sudah semakin bijak dan meninggalkan dunia jahiliah jadi memang la tak take serious pon..benda da terang-terang kurafat kan takkan nak diikutkan?
bila sampai generasi aku lagilah pulak!! Riau pon gua x pernah jejak.. 
memang hanya di awangan antara percaya atau tidak tentang cerita-cerita turun temurun nie..sebab tak pernah jadi di depan mata...
sehinggalah...
TERJADI ATAS DIRI SENDIRI...

Oh baru aku sedar..akulah keturunan generasi ke tujuh itu...
aku masih diPOSSESSED oleh tenaga jahat tu..di luar kawalan minda dan badan tidak berfungsi
aku boleh bersilat, seolah aku pandai bersilat..haih pelik! tanak percaya rasanya..tapi..da kena kt batang idung sendiri jadi aku x comment pape la!
benda pun bukan sekali terjadi...di kalangan ahli keluarga..dah banyak kali
semuapun misi untuk menghancurkan sebuah intitusi kekeluargaan dan manusia..
itu kan memang tugas Syaitan??

Walaupun terpaksa menanggung 'kesakitan mistik' ini entah sampai bila..aku redha je..tak pula cuba menyalahkan golongan terdahulu kerana mereka memang jahiliah..tidak meminta pertolongan dari yang sepatutnya sehingga tiba-tiba keturunan seterusnya yang menjadi mangsa..

Benda yang wujud seperti jin dan syaitan takkan binasa jika Allah tidak membinasakannya.semuanya terjadi atas kehendak-Nya juga...

Jadi bersihkan jiwa..sihatkan minda...jangan lupa sekuat mana pun halangan dan gangguan yang diterima pasti ada benteng pertahanan dan pertolongan dari Sang Pencipta sekian alam dan isi kandung-Nya sama ada jelas atau terselindung.....

"Inilah pandangan aku tentang apa yang terjadi ke atas diriku sendiri beberapa bulan yang lalu..dan pengajaran di sini sepatutnya aku tidak boleh lalai lagi...dan tidak akan tersesat jauh lagi.... AMIN..."


Wednesday, October 6, 2010

Pabila K E S A K I T A N melanda Badan dan J I W A K U

Oh sudah lame rupenye tidak berblog ye? haha awal2 je kemaruk skit pastu biase r...plus tenet pon da lame xde skang br nak ada..
tetibe terkenang plak al-kisah aku diSERANG..
ni yang aku nak share nie.. hmm..

Biar aku intro dlu serba sikit pasal aku kan..
aku ni seorang gadis perempuan yg mungkin pelik..bak kate Shah Holland aku ni RARE haha
sejak kecil..aku mmg mempunyai obsessi tentang.. 


Gypsy Witch



YES! MAGIC! semua cerita berkaitan magic,witches,penyapu terbang,curse,supernatural,burung gagak,burung hantu,waima hantu pontianak syaitan jembalang sume aku mmg suke la..kecik2 dlue layan la Hocus Pocus, The Craft sume..
dan aku mmg mempunyai imaginasi yang tinggi tentang alam-alam ini..
Boleh dikatakan aku ni remaja normal yang membesar dan mudah terjebak..tetapi memandangkan aku tiada kawan yang melayan imaginasi mengarut aku ni bile aku try ajak dieorg ride gune penyapu dieorg kata aku gile..jadi hal ini hanya disimpan dlm hati.. (bagus jugak klo tak aku mmg sesat barat la kot?)

sampai la besar skit umurku (bila sudah pandai mencari ilmu sesuatu dengan sendiri)
bertambah pula dengan minat yang mendalam dalam music berteraskan METAL hasil suntikan kakak-kakak aku yg generallynya rock..dan keadaan sekeliling pada era aku membesar dengan alunan music begini..
jadi aku mula menyuntik diri sendiri dengan alunan yang lebih K E R A S! 
selepas semakin bijak aku mula mengaitan music dan alam ghaib..
mula lebih mencari sumber-sumber tentang kewujudkan kepercayaan lain yang bersubjekkan MAGIC dari segi agama lain mahupun ISLAM agamaku sendiri..
pentacle shape,paganism, dan dalam Islam sendiri pon aku mmg banyak membaca tentang isu-isu seperti ini..tapi pengetahuan masih cetek lagi..

sehinggalah umur aku mencecah 23tahun (sekarang)
setelah aku selalu terlupakan banyak tanggungjawab sebagai hamba-NYA
mula leka dengan duniawi dan magic
dan juga alunan keras..yang selalu mendampingi ku..
TIBA-TIBA...satu malam yang ganjil datang menerjah..(cewah ayat mengalahkan Zainal Abidin dlm MISTERI) 
di bulan Ramadhan yang lepas. highlight di sini BULAN RAMADHAN~
memang time tu tengah kemaruk la layan segala jenis lagu-lagu metal ni..
Haritu hari pertama aku ingin memulakan puasa pada  bulan itu setelah seminggu aku dpt MC tak puasa..selepas sahur aku tidur.
dan di dalam sedar dan tidak (di awangan antara dua alam) aku dapat satu mimpi yang aneh
aku mula bersilat dalam mimpi.
bila aku tersedar..aku memanggil seorang sahabat yang dah lama duk sebilik ngn aku..
dia dtg menghampiriku...dia cakap time tu mata aku merah,badan aku panas mcm api..rambut mcm org gila..tanpa cakap banyak..si sahabat dah tau apa da jadi kt diri aku.......

selepas tersedar beberapa jam..aku tidak bermaya..hanya terbaring..sahabat mula memasang alunan ayat Al-Quran..aku mula bertambah PANAS!
selepas itu...aku tidak sedarkan diri...
dan itulah pengalaman hidup aku selama 23tahun aku betul-betul di POSSESSED secara besar-besaran.

Ceritera pasal possessed ni..terpulang la kepada hak individu nak percaya ke tidak..sbb aku bukan buat cerita mcm dalam MASTIKA..ini memang pengalaman betul yg aku nak share..

keluarga sebelah ibuku berketurunan bugis dari Riau.keturunan darah warrior yang membuka Riau satu ketika dulu iaitu Daeng Chelak. jadi sedar atau tidak kini aku kaji diri sendiri..walaupun aku waris keturunan ini generasi ke tujuh..darah baran / warrior masih mengalir tebal dalam diri aku. (patutlah aku suke pakai celak..hahaha)

Dan ditakdirkan ketika bulan Ramadhan tahun inilah aku MENURUN saka dari sebelah keturunan itu.
dalam beberapa kali aku tidak sedarkan diri di rumah sewa di Melaka..aku dibawa pulang ke Kinrara oleh ibu dan akakku untuk berubat.
Di Selangor pun cerita yang sama..tapi lagi teruk!!!setiap kali selepas solat aku kepanasan..lalu terus mengamuk x sedarkan diri..nak cerita dengan lebih lanjut sebenarnya aku tak geti nak menaip..
dipendekkan  cerita aku bukan kena santau atau sihir buatan orang..ini adalah pusaka dari keluarga sebelah ibuku..tak sangka boleh menurun kt aku walaupun aku anak bongsu.
Alhamdulillah selepas menjalani Islamic Theraphy dengan seorang pakar aku pulih tetapi makan masa untuk menaikkan semangat.
Akibatnya aku banyak tercicir dalam pelajaran... 
Redha je la klo kene repeat paper yang penting aku struggle semampu aku! 

Wajah burukku selepas pulih..


Daripada pendapat mereka yang mendalami Islam, aku hanya seorang gadis yang lemah semangat jadi benda-benda ghaib memang senang menembusi badanku..lebih lebih lagi aku kurang beramal (sendiri mau ingat la!)

dan pada pendapat aku sendiri sebab ini diri dan jiwa aku..walaupun aku memang tak penakut..memang pengemar segala angker,dikurniakan pula mata yang transparent, boleh melihat makhluk ghaib dengan mudah,boleh merasakan sesuatu yang aneh, even sometimes boleh berkomunikasi dengan mereka.. tanpa disedari aku lemah semangat?mcm mana tu? ntahlah..mungkin inner aku lemah..

selepas di possessed dengan teruk haritu aku mula rasa penakut skit lah nak jalan malam dan tgk cite2 hantu..klo tak dlu lek lek kacang je..tido pon bole layan Celestial Bloodshed..Watain tu lullaby aku.. adeh!

sekarang memang semuanya semakin berkurangan..themes kat handset gua pon dah tak gune gambar setan.
tapi stop 100% tu tak lah aku masih pendengar yang setia

sebenarnya kt sini bukan untuk put blame on something u hear or you read or even you obsesses with..
tapi bagaimanakah amalan kita pula kepada-NYA?

adakah cukup lima?
adakah membaca kitab suci-NYA berbanding mencari ilmu yang tidak-tidak?
adakah memahami isi kandung walaupun di dalam ayat-ayat lazim-NYA?

kat sini aku buat pesanan untuk diri sendiri juga dan kawan-kawan ku..dan kepada yang mendakwa dirinya METALHEAD..PUNKER..ROCKER..POKER FACE..... ingatlah itu semua mungkin satu IDENTITI kita...tapi bukan PEGANGAN kita.

Alhamdulillah aku syukur walaupun dipossessed..itu mengajar aku dan menyedarkan aku..jangan lupa terus pada PEGANGAN kita....

HAIL~ ASSALAMUALAIKUM


P/s: jangan ingat bulan ramadhan takde gejala-gejala mcm ni kalau diri kita sendiri yang HANTU! hahaha


Thursday, September 2, 2010

Tiga Titik H I T A M






Ketika semua bayang menjauh dari tubuh

Dan ketika semua angan enggan menyapa

Terbaring aku, terjebak aku

Di keheningan dalam ketiadaan



Kucoba cahayai ruang jiwa ini

Terus berharap dan terangi

Kucoba sembunyikan suara hati

Terus menampik dan berlari



Kutenggelam dalam kelam

Dan menjauh tanpa bayang

Kucoba menelan luka yang tak kunjung usai



Teriakan namamu

Dikesunyian hatiku

Meraba, merangkul suryamu

Dikehangatan jiwamu



Saat kebenaran tak lagi bermakna

Aku tersandar dan terdiam

Kemana akan kubawa diriku pergi

Semakin jauh, semakin rapuh



Lepaskan diri, jatuh membusuk

Biarkan aku, hilang .. Muak !




Song of the week aku untuk minggu ini... 
Burgerkill 
lebih-lebih lagi.. feat Fadly PADI

perghkk mmg pergi jauh aku dgr lagu nie..tiap2 malam
TAK PERNAH MUAK!



~TIGA TITIK HITAM~

The Next Episode of .. L O V E

Eventho it was past a year now but it still fresh in my mind
on how do it starts?
so sweet tho... and this will be the sweetest memories ever in my life and i'll tell our children about this..
even..
sometimes..
when we involved into quarrel..
we always think about the sweetest part of our love story after that..
and it was.. this part~! still in 14th February 2009 ~
And this will make us smile again... :)


14th February 2009
L O V E at 1st sight
and I'm the lucky one! ;)
Ok..inilah sambungan daripada post sebelum ni..yang di tanya-tanya oleh Shah..begitu juga Aida :)


"hahahaha!!! citer nie blum abish lg la.. what happen the next day plak? jeng jeng jeng..."

Posted by۞Περιοδικό ΔΙΙΠΕΤΕΣ۞on February 15, 2009 - Sunday - 10:15 PM



"esoknye, pe jd dow? ..xsbr nie. ..hahahahahaha wtfish? ..(kan aku da pandai)"

Posted byAidaPaddlepopon February 15, 2009 - Sunday - 10:15 PM







Selepas bangun pagi 14 Feb 09 tu..seperti biasalah aku kt umah akan tolong mak aku masak..haritu aku masak sotong masak hitam,bayam goreng dgn ikan selar kuning goreng garing..perghk mmg meal terbaik lah..



lepas tu dlm kul 11am, aku dpt SMS dari Aiman. beliau menyatakan bahawa beliau akan pergi ke JB untuk main 1st gig beliau di JB bersama Sykart dengan menaiki kenderaan. jd dgn secara tak langsung adik aku ni pun ajak la aku pg jugak sbb die mmg seboleh2 nak suh aku ikut die..support band dia..dan aku ckp mase kteorg lepak kt mamak pg buta td,kalo balik hari aku akan ikut.jd aku pon ikut lah


aku trus packing lunch yg aku dah buat tu..tp yg jahatnya aku ckp kt mak aku aku nak pegi picnic ngn budak2 sbb tu nak bwk bekal (padahal nak pegi gig)
haha jahat gile


dlm kul 12 lebey aiman dtg pick up aku kt umah.x ku sngka rupanya kami bakal gerak ke JB dengan menaiki... CRUSTY VAN! hahaha
so aku pon tawakkal je la..hope selamat pergi dan pulang!


View All Photos | on ze way! yeah | Fika Ipswich
On ze Way~! :)




Dalam perjalanan tetibe otak aku berfungsi untuk merencana suatu plan, iaitu untuk hire salah seorang dari mereka menyamar jd BF aku sehari untuk di JB


tujuan utama tak lain tak bukan, untuk tunjuk kt bebudak JB yang aku da continue life aku skang dan happy (dan konon2nya dah ade BF baru)
dan plan utama adalah untuk tnjuk kt Ex aku..dia ada kt JB masetu.. haha


aku tgk muke sorg2 budak dlm van mase tu..TeeTt! takde sorg pon yg nampak matured..kecuali..Shah...erm bole la die nampak mcm da tua skit muka.mungkin sbb rambut panjang kot masetu.hihi


then aku pon usulkan la niat aku.x sangka..shah stuju..dan aku janji akan upah dia..die ckp die on je! haha n rancangan turun dibincang bersama2 bebudak yg lain.nak belakon..kenalah nampak REAL kan? haha


tp upahnya separuh shah da mintak awal2..dia suh aku suapkan dia lunch yg aku dah masak tu! (ewah2 dah masak mintak suap plak~)
nasib baik die tgh drive jd aku pun suapkan la dia
SUMPAH~ aku rasa masatu mcm suapkan adik2 je..


haha lepas tu trip stop kt pontian..ntuk sejukkan enjin kt sana kejap. jadi aku roger la kwn2 terdekat dan msti kena roger Aida akak kesygkan aku tu! eheh
sume xtau psl plan ni..kecuali Aida la! ehehe


sebelum jumpa kwn2 di pontian, sempat aku pesan kt Shah "kalo kwn2 aku tanya, cakap umur ko 24 tau!" (sbb aku malu klo bf aku muda dr aku)
hahaha! shah kate "alah selamber je la" haha


Tak ku sangka lakonan mmg berjaya...siap dgn pelakon2 tambahan..siap makan bersuap..jalan berpimpin tangan..oh so S W E E T
mcm da lama kenal..
tp hakikat.. LAKONAN TETAP LAKONAN...
hanya kami yg tahu~ :)
mata aku stim yaw! haha jgn tanyaaa kenapa! hehe
duk sebelah Southern Daniel Johns kot?
hahaha Danny J sgt la! ;p


X nampak mcm lakonan kan?
kami mcm senyum sgt BAHAGIA
auuw! haha!
Pic terawal di Pontian

Keadaan di JB juga turut sama..sangat berjaya you all! time tu kwn2 kat JB banyak senyum dan happy untuk aku..sbb aku dah ade org baru!
thanks la sbb korg sgt supportive!


sempat mereka memuji.."pandai ko cari boyfriend..die org mana?"


dlm hati aku (pandai aku menipu..)




but at the same time sebenarnya..secara luar sedar aku
Shah memang tengah btul2 cuba mengambil hati aku..
semasa di gig..semasa bersama teman2..
tp aku ni B U T A
senang cerita..time tu aku H E A R T L E S S
dia ada bagi banyakk hints tp aku x perasan


Shah on his first gig with Sykart
at Rafeah Building, JB
he was so nervous! ehe

on the way balik to BP habis gig.. tetibe aku jadi..tatau how to act..after all the loving drama??? aku jadi blur
aku jadi..Speechless! sumpah! mmg tatau beb..tatau nak teruskan perbualan macam mana? setelah taman lakonan? aku terus.. M A T I
aku pura-pura tidur..sepanjang perjalanan pulang ke BP.. (haha bedekah gile bile ingat balik!)
tp shah sedaya upaya nak ajak aku sembang
aku sedar bile die pegang aku skali dia ckp.. "lah..tido rupenye"


haha aku xtau la nak ckp ape babe time tu! Sorry!!


setibanya di depan rumah aku,baru aku bangun..itu jam aku salam la semua budak2 yg dah terlibat dlm menjayakan drama FAKE LOVE aku tu..
dan akhir skali..aku salam Shah..
tanpa di sangka...dia salam dan cium tangan aku..
tp bukan mcm cium tangan org tua tau!!


INI CIUM TANGAN VERSION 'PRINCE KISS HIS PRINCESS HAND'


hahahha tergugat iman aku auww! tp aku B L U R lg haha


masuk je rumah... *POTPETPOTPETPOTPET*
mak aku membebel..sbb balik lambat da kul 2am!!
tp aku mcm di awang-awangan..siap senyum lg kena marah..
haha
aku masuk bilik..rupanya aku terima satu SMS


and ia datangnya dari..Shah!and he said like this..


"u really touch my heart today.u mengubati kerinduan kasih sayang that has been long gone for me. thanks a bunch.and i think i like u. i miss you now. SS pon takpe la"


Jeng...Jeng..Jeng...


(muke nak mcm mat metal..layan pon metal2 stuffs..skali ayat..haleemakk! melelehh!!)


hahahhaa aku mcm suka..mcm pelik pon ada..
ape mamat ni nak test power ke ngn aku?
nak mengusha aku plak???
klo aku jadi dia..aku usha la minah2 yg cun meletop pon confirm aku bole dpt! ini aku??
B U T A K A H Shah??


aku terus je fwd txt tu kat Aida dan minta pandangan dia?
well aida will always be my second eyes..
to witness and to see anything that i can't see or realize..


dan Aida skolahkan aku..dia ckp


"nampak sgt la shah tu suka kt ko! ko ni buta lah!!! kalo aku jadi ko aku sebat je..well eventho it was just a drama td tp semua nampak reeeealll! kalo dia x btul suka ko igt die bole ke belakon seberjaya itu??"


tp time tu aku pk..i just wanna revenge to my ex!and made him jealous.sungguh tiada perasaan untuk berchenta la atau terjatuh chenta


Selain Aida, Aiman pon banyak mengantoikan keadaan bila dia bgtau aku yg Shah asyik tanya pasal aku..dan sanggup repair van semata-mata untuk ajak aku ikut pergi JB..hehehe


but shah really trying hard to win my heart.. 
after several sms..aku cover la aku ckp xpe next time jumpa aku akan blanja ko seperti yg dijanjikan selepas habis lakonan..


"i will treat u..what do u want? pizza? kfc? anything! as upah kerana da jadi bf aku sehari!"


and he replied.
.
"i want your heart and finger for a ring if u ask me..jadi boyfriend lebih sehari pon boleh la.."


LOL~! lulur jantung aku yg kononnye2 ganas ni tau!!!


dan setelah aku observed..and aku realized yang Shah btul2 ikhlas berkawan dgn aku..
utk date pertama kami yang dah bersetuju untuk meneruskan love relationship tu..
aku tengok..dia x malu pon jalan ngn aku
he holds my hand..
and introduce me to all of his friends...
he said
"Hello! this is my amoi..i dah ade awek skang! cantik kan dia?"
dengan penuh rasa  bangga dia kata mcm tu..




View All Photos | ShahFikaHahaha<33 | Fika Ipswich
1st date after declared
at one of the cafe in Summit
and Shah requested song from the live band there
and it's for me
"Stairways to Heaven" by Led Zep
WeeHoo~ i love LED ZEPPELIN Damn much!!!




(padahal inner self esteem aku sentiasa cakap aku ni NOTHING! UGLY! FAT! and so not anything,WHATEVER!)


aku ada tanya dia juga? apa specialnya aku di mata dia?
and dia jawab


"sbb you METAL..i've been searching for a girl like u in my life and now i met u..u are really who u are!"


haha baru teringat aku..
malam yg aku jumpa dia kembali..aku pakai boxer dan baju RCM pemberian Achot Htx
haha thanks la acot baju ko bg da buat ada org terfall in love kt aku? hehe
yeah inside crusty van again
he loves me when im not wearing any make ups
just an eyeliner and metal shirt~ :)


haha tp bukan pasal baju je sebenarnya..
Bila da jalani hidup sesama
after all ups and downs
quarrels and arguments..
he will still and always holding my hands..


Thanks Shah for ur sincere heart!
and u make me BELIEVE~






I WILL ALWAYS LOVE YOU SHAH
*Chemistry Between Us*
Shah and Fika in youngtimes
and God bring us together
THIS IS A MIRACLE FOR US!


View All Photos | Chakk! | Fika Ipswich
Shah :)
Fika :)




                






Itulah cerita bermulanya kisah aku dan dia :)
ini bukan je untuk share kt kawan2 yg sanggup nak baca sbb panjang berjela..tp aku buat untuk future aku..
untuk anak-anak aku..
mereka akan baca juga benda ni :)
dan akan menjadi kenangan untuk hari tua aku dan Shah :)


Aku berharap dan berdoa agar kami di panjangkan jodoh hingga ke akhir hayat kami..
amin..


coz i dream of december..dancing together with rings on our fingers..
and the two..S H A L L become?? ;)


Nazurudeen Mohamad Shah Holland and Syafika's Love Story