Wednesday, October 6, 2010

Pabila K E S A K I T A N melanda Badan dan J I W A K U

Oh sudah lame rupenye tidak berblog ye? haha awal2 je kemaruk skit pastu biase r...plus tenet pon da lame xde skang br nak ada..
tetibe terkenang plak al-kisah aku diSERANG..
ni yang aku nak share nie.. hmm..

Biar aku intro dlu serba sikit pasal aku kan..
aku ni seorang gadis perempuan yg mungkin pelik..bak kate Shah Holland aku ni RARE haha
sejak kecil..aku mmg mempunyai obsessi tentang.. 


Gypsy Witch



YES! MAGIC! semua cerita berkaitan magic,witches,penyapu terbang,curse,supernatural,burung gagak,burung hantu,waima hantu pontianak syaitan jembalang sume aku mmg suke la..kecik2 dlue layan la Hocus Pocus, The Craft sume..
dan aku mmg mempunyai imaginasi yang tinggi tentang alam-alam ini..
Boleh dikatakan aku ni remaja normal yang membesar dan mudah terjebak..tetapi memandangkan aku tiada kawan yang melayan imaginasi mengarut aku ni bile aku try ajak dieorg ride gune penyapu dieorg kata aku gile..jadi hal ini hanya disimpan dlm hati.. (bagus jugak klo tak aku mmg sesat barat la kot?)

sampai la besar skit umurku (bila sudah pandai mencari ilmu sesuatu dengan sendiri)
bertambah pula dengan minat yang mendalam dalam music berteraskan METAL hasil suntikan kakak-kakak aku yg generallynya rock..dan keadaan sekeliling pada era aku membesar dengan alunan music begini..
jadi aku mula menyuntik diri sendiri dengan alunan yang lebih K E R A S! 
selepas semakin bijak aku mula mengaitan music dan alam ghaib..
mula lebih mencari sumber-sumber tentang kewujudkan kepercayaan lain yang bersubjekkan MAGIC dari segi agama lain mahupun ISLAM agamaku sendiri..
pentacle shape,paganism, dan dalam Islam sendiri pon aku mmg banyak membaca tentang isu-isu seperti ini..tapi pengetahuan masih cetek lagi..

sehinggalah umur aku mencecah 23tahun (sekarang)
setelah aku selalu terlupakan banyak tanggungjawab sebagai hamba-NYA
mula leka dengan duniawi dan magic
dan juga alunan keras..yang selalu mendampingi ku..
TIBA-TIBA...satu malam yang ganjil datang menerjah..(cewah ayat mengalahkan Zainal Abidin dlm MISTERI) 
di bulan Ramadhan yang lepas. highlight di sini BULAN RAMADHAN~
memang time tu tengah kemaruk la layan segala jenis lagu-lagu metal ni..
Haritu hari pertama aku ingin memulakan puasa pada  bulan itu setelah seminggu aku dpt MC tak puasa..selepas sahur aku tidur.
dan di dalam sedar dan tidak (di awangan antara dua alam) aku dapat satu mimpi yang aneh
aku mula bersilat dalam mimpi.
bila aku tersedar..aku memanggil seorang sahabat yang dah lama duk sebilik ngn aku..
dia dtg menghampiriku...dia cakap time tu mata aku merah,badan aku panas mcm api..rambut mcm org gila..tanpa cakap banyak..si sahabat dah tau apa da jadi kt diri aku.......

selepas tersedar beberapa jam..aku tidak bermaya..hanya terbaring..sahabat mula memasang alunan ayat Al-Quran..aku mula bertambah PANAS!
selepas itu...aku tidak sedarkan diri...
dan itulah pengalaman hidup aku selama 23tahun aku betul-betul di POSSESSED secara besar-besaran.

Ceritera pasal possessed ni..terpulang la kepada hak individu nak percaya ke tidak..sbb aku bukan buat cerita mcm dalam MASTIKA..ini memang pengalaman betul yg aku nak share..

keluarga sebelah ibuku berketurunan bugis dari Riau.keturunan darah warrior yang membuka Riau satu ketika dulu iaitu Daeng Chelak. jadi sedar atau tidak kini aku kaji diri sendiri..walaupun aku waris keturunan ini generasi ke tujuh..darah baran / warrior masih mengalir tebal dalam diri aku. (patutlah aku suke pakai celak..hahaha)

Dan ditakdirkan ketika bulan Ramadhan tahun inilah aku MENURUN saka dari sebelah keturunan itu.
dalam beberapa kali aku tidak sedarkan diri di rumah sewa di Melaka..aku dibawa pulang ke Kinrara oleh ibu dan akakku untuk berubat.
Di Selangor pun cerita yang sama..tapi lagi teruk!!!setiap kali selepas solat aku kepanasan..lalu terus mengamuk x sedarkan diri..nak cerita dengan lebih lanjut sebenarnya aku tak geti nak menaip..
dipendekkan  cerita aku bukan kena santau atau sihir buatan orang..ini adalah pusaka dari keluarga sebelah ibuku..tak sangka boleh menurun kt aku walaupun aku anak bongsu.
Alhamdulillah selepas menjalani Islamic Theraphy dengan seorang pakar aku pulih tetapi makan masa untuk menaikkan semangat.
Akibatnya aku banyak tercicir dalam pelajaran... 
Redha je la klo kene repeat paper yang penting aku struggle semampu aku! 

Wajah burukku selepas pulih..


Daripada pendapat mereka yang mendalami Islam, aku hanya seorang gadis yang lemah semangat jadi benda-benda ghaib memang senang menembusi badanku..lebih lebih lagi aku kurang beramal (sendiri mau ingat la!)

dan pada pendapat aku sendiri sebab ini diri dan jiwa aku..walaupun aku memang tak penakut..memang pengemar segala angker,dikurniakan pula mata yang transparent, boleh melihat makhluk ghaib dengan mudah,boleh merasakan sesuatu yang aneh, even sometimes boleh berkomunikasi dengan mereka.. tanpa disedari aku lemah semangat?mcm mana tu? ntahlah..mungkin inner aku lemah..

selepas di possessed dengan teruk haritu aku mula rasa penakut skit lah nak jalan malam dan tgk cite2 hantu..klo tak dlu lek lek kacang je..tido pon bole layan Celestial Bloodshed..Watain tu lullaby aku.. adeh!

sekarang memang semuanya semakin berkurangan..themes kat handset gua pon dah tak gune gambar setan.
tapi stop 100% tu tak lah aku masih pendengar yang setia

sebenarnya kt sini bukan untuk put blame on something u hear or you read or even you obsesses with..
tapi bagaimanakah amalan kita pula kepada-NYA?

adakah cukup lima?
adakah membaca kitab suci-NYA berbanding mencari ilmu yang tidak-tidak?
adakah memahami isi kandung walaupun di dalam ayat-ayat lazim-NYA?

kat sini aku buat pesanan untuk diri sendiri juga dan kawan-kawan ku..dan kepada yang mendakwa dirinya METALHEAD..PUNKER..ROCKER..POKER FACE..... ingatlah itu semua mungkin satu IDENTITI kita...tapi bukan PEGANGAN kita.

Alhamdulillah aku syukur walaupun dipossessed..itu mengajar aku dan menyedarkan aku..jangan lupa terus pada PEGANGAN kita....

HAIL~ ASSALAMUALAIKUM


P/s: jangan ingat bulan ramadhan takde gejala-gejala mcm ni kalau diri kita sendiri yang HANTU! hahaha


No comments:

Post a Comment