Thursday, October 7, 2010

puS A K A

Pnah dengar perkataan Pusaka atau Saka tak?
alah skang dalam TV pon banyak reveal pasal benda-benda mcm ni..
tapi semuanya mempunyai idea perspeksi yang tersendiri tentang benda alah nie..
so skang aku nak reveal pasal puSAKA dari kaca pandangan mata, pengalaman dan pengetahuan aku sendiri.
ada sesapa nak bantah?? atau menyatakan statement aku salah?
awal-awal lagi aku akan cakap 
"benda ni subjective ok! i need no objection! thanks!"

kalau sebut pasal saka org-org melayu mesti la terus cakap dia mcm sejenis hantu jembalang koreng
tapi bagi aku..Saka tu wujud dari perkataan 'Pusaka'
iaitu peninggalan dari yang terdahulu.

benda ni ada bekaitan dengan post aku sebelum ni..
Seperti di post sebelum, diketahui bahawa aku berketurunan bugis dari Riau iaitu keturunan Daeng Chelak
(oh tapi kami bukan lanun..kami warrior berketurunan diraja)

Memang aku selalu mendengar cerita tentang hal-hal mcm ni dari keluarga sebelah ibuku..
cerita pasal makcik-makcik ku menurun dulu, cerita pasal arwah moyang penah buang ancak kat sungai sebab kononnya nak bagi makan kt benda jagaan ni dan macam-macam lagi..

Tapi zaman sekarang, kita dah tau..Alhamdulillah kita tidak berada di tampuk yang lama di mana pengetahuan agama masih cetek..Jahiliah..
kita dah tau benda-benda mcm tu terang dan jelas...syirik bin khurafat. buat apa minta pertolongan dari yang lain sedangan Allah adalah segala-galanya dan Maha Pemurah??
tapi aku tidak nafikan kewujudannya walaupon zaman semakin moden.
memang termasuk dalam rukun iman ape.."percaya kepada benda ghaib?"
kenapa tidak percaya pula kepada kewujudan jin dan syaitan? sedang dlm al Quran juga banyak tertera cerita tentang mereka..

Walaubagaimanapun ritual-ritual seperti pemberian makan(buang ancak) kepada belaan makhluk ghaib ni sudah tidak diteruskan lagi sekarang kerana sudah mengetahui benda seperti itu salah dari segi agama.
Walaubagaimana pun kewujudan makhluk ini masih ada di sekeliling kita tanpa disedari
Mereka tidak pernah hilang ditelan arus kemodenan sehingga hari kiamat...

Oleh kerana keluargaku selalu diganggu makhluk-makhluk yang memang mempunyai misi tercatat untuk memporak perandakan kaum Adam, kami banyak menerima dugaan yang berat. Kadang kala tak terdaya nak melawannya sendiri,jadi terpaksalah mencari inisiatif lain untuk meminta pertolongan dari orang yang lebih arif tentang ilmu agama Islam..

Hasil dari rujukkan daripada mereka yang pakar..mereka menyatakan bahawa Pusaka ini akan sentiasa mengganggu keluarga aku sehinggalah tamat generasi ke tujuh (iaitu generasi aku lah yang terakhir)
Mereka masih boleh menembusi kawalan minda dan tubuh kami..jika kami LALAI dengan tanggungjawab sebagai Hamba Allah. Jadi jalan yang terbaik untuk menamatkan segala macam keanehkan dan keangkeran yang melanda keluarga ini, kami digalakkan  berkahwin untuk mewujudkan generasi atau keturunan yang baru...

Bila aku kaji balik sejarah keluarga sendiri, baru aku sedar bahawa memang ramai pun ahli keluarga yang tidak menamatkan zaman bujangnya hingga ke hari tua..berat jodoh,jodoh tak panjang..hmm mungkin itu secara kebetullan..tapi mungkin juga itulah halangan yang diterima akibat generasi terdahulu ada menyimpan pusaka yang tidak-tidak.

korang suka tak tengok cerita hantu? ok paling glemer series Supernatural la.
klo korang tanya aku.. YES YES YES! aku memang suka all shorts of supernatural n horror film sejak azali..
kalo korang pengikut cerita Supernatural yang setia..mesti korang tau part keluarga Winchester ada membuat perjanjian (deal) dengan syaitan untuk ditradekan dengan nyawa..dan banyak lagi deal-deal sampingan yang dilakukan untuk meraih sesuatu seperti pangkat,kecantikkan, kekayaan dan menjadi terkenal.

Dibekalkan pengetahuan dari tontonan filem-filem seperti ini dan source-source berkaitan perjanjian dengan syaitan..dan tak lupe juga rockstar-rockstar pujaan hatiku yang kebanyakkannya satanist dan menjadi legend bila dah tiada..hasil dari perjanjian mereka dengan syaitan..maka aku pun merumuskan hal ini dengan kes keluarga aku ni....

Mungkin satu ketika dahulu, datuk nenek moyang aku ada yang telah membuat perjanjian dengan jin/syaitan..mungkin untuk meminta bantuan menjaga tanah jajahan atau tampuk pemerintahan kerajaan Riau atau untuk meraih kekuatan super power sebagai seorang pahlawan..
Tapi biasaklah kan kaum-kaum syaitan ni mana boleh mintak tolong free-free aje..mesti ada mintak treat lain dari manusia..(alang member-member gua mintak tolong skit pon mintak payung makan lagikan syaitan..! haha)
kalau dalam filem biase syaitan mintak korban nyawa..tapi untuk kes pusaka keluarga aku ni.. 
aku rasa mereka deal untuk berTuan dan diberi makan yang cukup sehingga keturunan ke tujuh.
Tapi kesenangannya dah dirasai lah oleh keturunan keluargaku awal2 dulu..memang Riau merupakan kepulauan yang kaya apa satu ketika dulu??siap kerajaan Johor minta bantuan lagi dengan Riau.

Walaubagaimanapun tiba pada zaman ibuku, mereka sudah semakin bijak dan meninggalkan dunia jahiliah jadi memang la tak take serious pon..benda da terang-terang kurafat kan takkan nak diikutkan?
bila sampai generasi aku lagilah pulak!! Riau pon gua x pernah jejak.. 
memang hanya di awangan antara percaya atau tidak tentang cerita-cerita turun temurun nie..sebab tak pernah jadi di depan mata...
sehinggalah...
TERJADI ATAS DIRI SENDIRI...

Oh baru aku sedar..akulah keturunan generasi ke tujuh itu...
aku masih diPOSSESSED oleh tenaga jahat tu..di luar kawalan minda dan badan tidak berfungsi
aku boleh bersilat, seolah aku pandai bersilat..haih pelik! tanak percaya rasanya..tapi..da kena kt batang idung sendiri jadi aku x comment pape la!
benda pun bukan sekali terjadi...di kalangan ahli keluarga..dah banyak kali
semuapun misi untuk menghancurkan sebuah intitusi kekeluargaan dan manusia..
itu kan memang tugas Syaitan??

Walaupun terpaksa menanggung 'kesakitan mistik' ini entah sampai bila..aku redha je..tak pula cuba menyalahkan golongan terdahulu kerana mereka memang jahiliah..tidak meminta pertolongan dari yang sepatutnya sehingga tiba-tiba keturunan seterusnya yang menjadi mangsa..

Benda yang wujud seperti jin dan syaitan takkan binasa jika Allah tidak membinasakannya.semuanya terjadi atas kehendak-Nya juga...

Jadi bersihkan jiwa..sihatkan minda...jangan lupa sekuat mana pun halangan dan gangguan yang diterima pasti ada benteng pertahanan dan pertolongan dari Sang Pencipta sekian alam dan isi kandung-Nya sama ada jelas atau terselindung.....

"Inilah pandangan aku tentang apa yang terjadi ke atas diriku sendiri beberapa bulan yang lalu..dan pengajaran di sini sepatutnya aku tidak boleh lalai lagi...dan tidak akan tersesat jauh lagi.... AMIN..."


No comments:

Post a Comment